Thursday, April 2, 2009

BFF

Entry nih direka khas setelah mendapat idea daripada Kisah Saudara SB (Bukan nama Penuh). Memang takde kene mengena langsung dengan SB, tapi, saje nak sebut name dia.. Sape SB? Dia pembaca blog aku nih..
...............................................................................

BFF merupakan suatu istilah yang sangat menarik untuk dibincang dan diperkatakan. Kita ambil contoh.. Katakan ada satu pasangan muda, kita namakan mereka sebagai SB dan NS...

Pada mulanya, SB & NS hanyalah F sahaja... F di sini membawa maksud friend, aytau dalam bahasa nusantara kita sebut sebagai rakan je... kemudian, Tuhan telah ciptakan rasa kasih antara mereka berdua, maklumla..dua-dua straight sangat.

Setelah sekian lama berbalas SMS dan IM (instant messaging atau dalam bahasa mudah bagi pengguna internet Malaysia disebut YM) mereka mula menjadi rapat dan menambah B dalam istilah hubungan mereka. Maka jadilah dia sebagai BF ataupon secara mudahnya kita terjemahkan sebagai best friend.. mereka ber ' kawan baik ' sangat.. sehinggalah suatu ketika, apabila si SB nih mendapat suatu keberanian untuk mengubah istilah perhubungan mereka..

Tidak lama kemudian, SB dan NS merancang untuk berkeluar bersama. Pada satu malam, selepas tengok wayang di Queensbay, mereka mula pulang ke kediaman masing-masing, dan berjaya menukar status mereka sebagai B.. Menatang apa B tuh? ala... biase la.. cube dengar rakan2 anda yg dan bercouple bersembang... "B, i tunggu u ekk"... "B, Jom gi makan".. Tak paham lagi? ' B ' tuh short form bagi huBBy ataupun Baby.. paham2 je la....

Maka dengan itu, lengkaplah satu BFF ataupun lebih tepat lagi jika disebut sebagai B - BF - F.. Tapi, tu kisah dulu....

Dah habis ke?? Tak lagi.. hidup nih satu roda yang berputar... baru 1st half.. Sekarang nih hidup mereka sedang melengkapkan putarannya.. mereka sedang menuju ke arah BFF kedua...

Dengar cerita, SB dan NS telah berjaya mengubah status hubungan mereka sebagai BF.. biase la... org baru tukar status.. BF = best friend jer... Best friend la sangat.. sembang dekat2 pon tak mau... Sebagai insan yang 3 tahun lebih usianya (tak mau sebut tua), aku melihat hubungan mereka akan menuju ke arah FF... Friend Forever....

Sekiranya kisah SB dgn NS nih benar-benar terjadi, aku berharap agak mereka melengkapkan sekali lagi putaran BFF mereka... dan biarlah putaran tuh terhenti setakat itu sahaja...

dan aku berharap BFF mereka nih bukannya seperti BFF yg aku alami.... dari awal lagi dah dapat BFF daripada seseorang.. BEST FRIEND FOREVER... dan aku rasa sekarang nih dah berganjak daripada BFF kepada F sahaja.. F for FRIEND..

Moga Tuhan dapat tukarkan arah BFF aku.. Amin...

P/S : Kisah di atas merupakan rekaan penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang kekeliruan amatlah dikesali.

8 comments:

Unknown said...

alo.....mcm kenal ar plak wei kisah ni...mcm penah dgr...tapi dkt mana ya...hahahahah..
pandai ko der memanipulasi kosah org yer
dah ar nama betul tu
hahahhahah

nurul said...

owhhhh...
BFF...
hahahahha..
mcm penah dengar je kisah nie..
hahahha..

pokder said...

Terima kasih kerana komen

Unknown said...

aik...hang tau ker nurul
mcm terkena kat hang jek
hahahah

Unknown said...

sb n ns tu sape yer nurul
mcm kenal jek aku ar
hahahah

Benut86 said...

hahhahahahhaha...
Aku pun cam penah dgr kisah ni...
"Hdup x semudah yg disangka" tu je yg leh aku kata...
Mudah2 han BFF ni jumpa apa yg dicari dlm hdupnya...
Bak kata Kawan aku lah yg anggap aku ni x ptg dlm hdupnya "Tuhan dah sediakan cita wat kita"
aku akan ingat sampai bila2

nurul said...

ko kenal ke ijat..
gtau arr aku..
hahahha~~~~

Tuan Punye Blog said...

SB = Saiful Baharin, NS = Nadia Syafinaz.. itu la insan yg sebenarnya... huhuhu

Post a Comment

Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..