Saturday, April 25, 2009

Aku dan Wish List

Wish list... biasanya aku akan nampak bende nih dalam pompuan punye blog.. Nampak macam tak cool je kalo aku letak mende nih dalam blog aku, it's a girl thing, you know.. biase la.. nak memahami apa yg pompuan suke buat dan fikir bukannya senang. sebab tu la Tuhan ciptakan lelaki nih akalnye lebih sket... supaya banyak fikir dan capai banyak benda dengan kelebihan akal yang dikurniakan.

Jadi, untuk memahami apa yang kaum hawa fikirkan, aku nak letak gak wish list kat blog aku nih. dah lama terfikirkan, tapi sekarang nih baru terasa nak tulis..

Pokder's WISH LIST until 26 April 2009

1) Lenovo Notebook, so that i can write, download and read other people's blog
2) Time to spent to visit Borders, so that i will have a lot of idea to write..
3) 1 TB hard disk
4) An MP3 phone
5) A degree, so that i could find a decent job.
6) A vehicle, supaya mudah aku nak ke masjid <--- korang mesti gelak kan? 7) RM 1200, to pay all of my debt to my good buddies.....
8) Gundam Wing Zero & Gundam Sandrock
9) a person called "Her"
10) KAWEN.. sebab org kate kawen tu best...


Untuk renungan bersama, Apa yang kita NAK, TAK SEMESTINYA sama dengan apa yang kita PERLU, dan kedua-dua benda tu TAK SEMESTINYA kita akan dapat...

Renung-renungkan ... dan selamat beramal...

Thursday, April 23, 2009

Aku dan 5 Hari

Untuk jimatkan ruang dan masa (sebenarnye aku takde idea nak belasah ape) aku rangkaikan perihal 5 hari yng aku lalui.Semestinya ada W dalam fikiran, tapi terasa malas nak fikir pasal W dalam masa 5 hari nih..


Monday - hari yang menggembirakan aku, hari isnin dimulakan dengan tak best, kena ganti Faizil keje kat Queensbay. Aku plak kemalasan untuk ke makmal cacing, tak cukup tido. Kesudahannya pagi tu, aku just bermalas-malasan di bilik budak2 nih kat Bakti. Tengaharinya, aku dipaksa (saje fitnah Ejat dan Lan) dan diracun untuk meninggalkan makmal buat kali kedua untuk memulakan perjalanan ke Sg. Sedim, kat kawasan ulu Kulim. Setelah berjaya mengecutkan telor & kote selama 2 jam, kami blah dan makan kat pasar malam Labu Besar. Terasa harga makanan kat situ murah giler. kuih 4 singgit. mane nak jumpe harga tu kat Penang skang nih. Burger Oblong pon terasa best (mungkin sebab lapar kot). Sampai Bakti, tido jap, pastu gi keje @ 8 p.m... Kat queensbay plak mende paling best berlaku kat aku dalam masa 2 minggu nih. bahagia sangat.Takmo cite bab nih. biarkan aku sengih seorang diri...

Tuesday - Hujan di pagi hari. rase malas nak bangun. tetibe plak Dr. Hakimi call suruh masuk lab, jadi kena masuk lab macam biase, dapat upah, kena beli barang2 kat lab mcm biase.. keje pon mcm biase sebab ganti Faizil yg masuk wad. tapi takpe la.. sambil keje bleh layan Mafia Wars..Ishwar plak merungut pasal kehilangan Din. Oleh sebab esoknye hari rabu, mula la plan nak tengok wayang esoknye.. My typical Tuesday..

Wednesday - Hari yg agak memboringkan, dah la mintak cuti atas alasan nak start tulis tesis, tapi tak tulis gak, tapi hari yang meletihkan sebab kena prepare barang-barang untuk dibawa ke kilang sawit kat Nibong Tebal. Berjaya gak aku bercakap omputih dengan Mr. Ben, tapi dia plak cam x paham sangat English... aku berjaya gak beli externak hard disk untk hard disk aku... nak pinjam? ada barang baekk punye..

Thursday - Pagi-pagi lagi (pagi aku bermula pada pukul 10) kena bangun, pastu kena deal dgn Mr. Ben, pastu kena pak tunggu Dr. Hakimi setelkan hal dgn viva budak2.. then kami gerak ke Nibong Tebal. Setelah terlajak dan dipandu arah oleh Baha, sampai gak kami kat Malpom Industries Bhd. Satu lawatan sambil mengambil sampel yang best gak bagi aku.. balik je dah letih, kena la tido jap... Petang plak kena amek Amin yg katenye pening kepala. Malamnye plak makan ikan 3 rase kat Workshop (Ani Cafe). Best woo... mulenye nak gi Relau dgn housemate, tapi akhirnye gi dgn bebudak2 USM.... Hari yg menyeronokkkan. Dah la Mafia Wars aku bergerak lancar.. walaupun dah beratus kali kena rompak..

Friday - Pagi yg dimulakan dgn penuh horny. Bukak je mate terus bukak PC, layan internet jap, start tulis entry nih... siap2 pegi lab, balik mandi wajib, smayang jumaat utk 3 minggu , masuk lab lagi.. jumpe junior yg bakal amek master (mantap siot).. asingkan tahi cacing, balik umah layan game, anta housemate balik kg, maen game, tgk OIAM sebab sokong Tomok... aku kan peminat Newboyz.. then aku habiskan entry nih..

huhuhu... bosan kan hidup aku??? Harap-harap hujung minggu aku bertambah menarik..

Tuesday, April 14, 2009

Au dan Keputusan Eksperimen

Seperti mana yang telah dijanjikan, aku masih ada kesempatan untuk menulis kembali perkara yang telah disebutkan pada minggu lepas. Keputusan eksperimen aku.. dah ada..Berikut adalah butir-butirnya.. tetibe je aku ter EMO akibat saje cari pasal..

Tajuk :

Aku dan SMS

Tujuan :

Mengkaji respons subjek ( wanita ) terhadap pesanan ringkas yang dihantar

Radas dan Bahan :

Sebijik henset Nokia cikai dan 7 sms x RM 0.05

Masa :

8 - 14 April 2009, 9.45 - 11.45 (anggaran masa)

Kaedah :

1) Sebuah henpon disi dengan kredit 10 ringgit.
2) Dengan menggunakan henpon tersebut, setiap malam satu sms akan dihantar kepada subjek dengan topik bertanyakan khabar sahaja.
3) setiap SMS yang dihantar tidak melebihi setengah muka surat SMS
4) Respons daripada subjek dinilai setelah 24 jam SMS di hantar


Keputusan :

Tiada respons daripada subjek, walau satu SMS pun...

Anggapan :

1) Subjek malas nak balas SMS disebabkan tiada kredit ataupun tiada masa membalas SMS.
2) Subjek sibuk menelaah pelajaran beliau.
3) Henpon subjek dicuri, dan subjek tidak menyimpan nombor henpon penghantar.

Perbincangan :

1) Subjek Memang tanak balas SMS yang dihantar kerana barangkali SMS yang dihantar menjengkelkan beliau.
2) Subjek seorang yang praktikal, di mana beliau tidak akan membalas SMS yang tidak membawa apa-apa kepentingan kepada si penghantar dan juga kepada beliau.
3) Subjek MALAS NAK LAYAN si penghantar SMS..

Kesimpulan :

Subjek sememangnya malas nak layan SMS si penghantar ataupun dalam kebanyakan kes, subjek memang taknak layan si penghantar SMS.. mungkin untuk selamanya... CONFIRM.. tapi ini apa yang difikirkan sahaja... kesimpulan sebenar.. Tuhan saja Yang Maha Tahu...


P/S : Ampun dan maaf dipohon kepada yang terasa..

Sunday, April 12, 2009

Aku dan Demam

Hari nih aku bangun tido dengan perasaan dan keadaan yag amat tidak selesa sekali. Badanku dah start nak demam. Aku klasifikasikan sebagai Demam Level 1. Hari ni gak aku tak pegi makmal untuk melihat anak-anak kesayangan aku, Foetida dan Rubellus (cacing ) setelah 2 hari aku tinggalkan. Dalam dok rumah sambil tido dgn keadaan yang tak best, tetibe aku teringat sesuatu..

Taun lepas, semasa aku baru je menjadi penduduk Taman Jade View, aku terjumpa sebijik buku lama dalam rumah aku nih.. Warisan Puisi Melayu oleh Prof. Mohd Taib Osman. Sememangnya aku tak kenal beliau, tapi ada terselit sesuatu yang menarik dalam buku beliau..

Tembakau si Raja Ali,
Rendang kuali sudu,
Aku pintal engkau seperti tali,
Aku memakai kasihan rindu,
Terindu-rindukan aku,
Terendang-rendangkan aku,
Tidur siang terlihat-lihatkan aku,
Tidur malam termimpi-mimpikan aku,
Berkat memakai kasihan rindu....

Tau ke ape yg aku post kat atas tuh?? Dalam buku tersebut, ianya menyebutkan bahawa prosa-prosa tersebut merupakan Jampi Mentera Asap Tembakau... macam pernah dengan je kan?? ala.... dalam Harian Metro dgn KOSMO! selalu tunjuk kes kena pukau dengan asap rokok... mungkin inilah isim-isimnya.. walau bagaimanapun, mentera di atas tidak akan berkesan sekiranya dibaca sambil menghembus rokok sahaja... perlu ada pengamalannya.. dan di bawah adalah perkara-perkara yg perlu ada untuk memujarabkan jampi serapah anda..

  1. Tali pengikat kepala mayat ibu mati beranak - kena ambil malam selasa bulan mengambang.
  2. Sehelai bulu cenderawasih yg telah dijampi oleh pak dukun, diikatkan di peha kiri si penghembus rokok.
  3. Tembakau jawa yg diembunkan selama 7 malam berturut-turut.
  4. Kain kuning yg dibunjutkan dan diisi dengan kemenyan jantan, gula sebagai penaik seri, tembakau jawa yg telah diembunkan, sekeping duit 5 sen dan 10 sen dan sebotol minyak cap kapak darah si pengguna mentera tersebut. kain kuning tersebut ditanam di perdu pokok yg terdekat dengan rumah si pemakai..
Susah ke nak dapat mende2 yg disebutkan di atas? kalau susah, ikut je aturan di bawah. Tak pakai serapah dengan alat2 yg susah nak cari tu pon boleh. Bukan sahaja gadis-gadis, malahan jantan-jantan akan terpukau dengan anda... Anda perlukan :
  1. Sebijik kereta sport dan ke atas, paling cikai pon RX8..
  2. Walet berisi kertas kaler-kaler yang ada 2 digit dan 3 digit je nombornya ( RM 10 dan ke atas). lagi banyak lagi baik..
  3. Kad plastik yg tertera Visa, ataupun Master di atasnya. kalau ada tertulis Gold atau Platinum lagi mujarab.
  4. Henpon canggih sket.. ada aplikasi touchscreen dan ke atas... ada iPhone lagi bagus.. bersama dengan pascabayar.. prepaid amatlah tidak digalakkan.
  5. Lepak kat coffee house dan ke atas sambil bawak laptop sebijik. Kedai Mamak pun boleh, tapi pastikan semasa hadirin hendak duduk, sebutkan ayat nih.. SAYA BELANJA MALAM NI...
  6. WAJAH SEPERTI POKDE dan ke atas, tidak boleh wajah seperti SB, M'AR, Faizil, Baha dan ke bawah. Tak laku beb..
  7. Belajar cakap bahasa ketiga untuk 7-8 ayat.. Tamil ke, Cina ke, Sepanyol ke, Perancis ke, Urdu ke.. lepas tu tukar la dengan ayat inggeris..
p/s : Jampi di atas di ambil daripada buku seperti yg dinyatakan di atas. Cubalah, mana tau berhasil. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala apa yang akan terjadi kepada anda dan orang lain sekiranya anda menggunakan apa-apa dan mana-mana frasa dalam karangan di atas. Tertakluk kepada syarat dan terma.

Aku dan Mimpi

Semalam dan Kelmarin... 2 hari berturutan aku bermimpi indah.. indah di sini sama sekali tidak membawa maksud yang sangat mendalam.. Tuhan memberi aku kesempatan menemui wanita-wanita (nak panggil gadis pon dah tua) yang sangat aku nak jumpa..walaupun hanya sekadar mimpi... Mungkin tahap nak jumpa tuh sangatlah tinggi.. atau dalam bahasa mudahnye.. SANGAP.. huhuhu... aku sekarang nih SANGAP nak jumpe 2 orang.. Salah seorangnye semestinya W, dan orang kedua tu.. Biarlah Rahsia.. huhuhu.. kalau beritahu, boleh gempar satu dunia..

Ingin saya tekankan di sini, mimpi yang dimaksudkan bukanlah mimpi yang berbentuk 'indah' dan memangkinkan saya mandi berniat.. tak perlulah saya terangkan di sini ke'indah'annya, tapi yang pasti, mimpi saya itu masih lagi berpaksi kepada apa yg saya akan buat apabila berjumpa dengan 2 insan yang dimaksudkan... iaitu menatap wajah bersembang puas-puas...

err.. Adakah saya kelihatan begitu GERSANG ketika ini?

Wednesday, April 8, 2009

Aku dan Eksperimen

Seperti mana yang korang tahu (Tahu ke?) aku tengah menjalankan eksperimen berkenaan Vermicompositing sekarang nih.. Menatang apa tuh? Secara mudahnya, nak komposkan sisa menggunakan Cacing.. ala.. senang jer.. nanti aku akan terbitkan satu post pasal eksperimen cacing nih kat sini.. Insya-Allah..

Aku juga merancang (semalam je aku terfikir nak buat) untuk menjalankan satu eksperimen yang menarik.. eksperimen untuk diri sendiri je... Eksperimen tersebut akan dijalankan selama seminggu bermula pada hari ini, iaitu 8 April 2009 hingga 14 April 2009. Hasilnya akan juga diterbitkan di sini minggu depan..

Yang aku tahu, eksperimen kedua nih dah ada keputusannya, tapi saje je nak buat.. mane la tahu..kot-kot TUHAN nak edjas keputusan eksperimen aku... Mane la kita layak nak pertikaikan keputusan- Nya kan?? nantikan 15 April 2009... aku akan postkan hasil eksperimen.. Insya-Allah...

Thursday, April 2, 2009

BFF

Entry nih direka khas setelah mendapat idea daripada Kisah Saudara SB (Bukan nama Penuh). Memang takde kene mengena langsung dengan SB, tapi, saje nak sebut name dia.. Sape SB? Dia pembaca blog aku nih..
...............................................................................

BFF merupakan suatu istilah yang sangat menarik untuk dibincang dan diperkatakan. Kita ambil contoh.. Katakan ada satu pasangan muda, kita namakan mereka sebagai SB dan NS...

Pada mulanya, SB & NS hanyalah F sahaja... F di sini membawa maksud friend, aytau dalam bahasa nusantara kita sebut sebagai rakan je... kemudian, Tuhan telah ciptakan rasa kasih antara mereka berdua, maklumla..dua-dua straight sangat.

Setelah sekian lama berbalas SMS dan IM (instant messaging atau dalam bahasa mudah bagi pengguna internet Malaysia disebut YM) mereka mula menjadi rapat dan menambah B dalam istilah hubungan mereka. Maka jadilah dia sebagai BF ataupon secara mudahnya kita terjemahkan sebagai best friend.. mereka ber ' kawan baik ' sangat.. sehinggalah suatu ketika, apabila si SB nih mendapat suatu keberanian untuk mengubah istilah perhubungan mereka..

Tidak lama kemudian, SB dan NS merancang untuk berkeluar bersama. Pada satu malam, selepas tengok wayang di Queensbay, mereka mula pulang ke kediaman masing-masing, dan berjaya menukar status mereka sebagai B.. Menatang apa B tuh? ala... biase la.. cube dengar rakan2 anda yg dan bercouple bersembang... "B, i tunggu u ekk"... "B, Jom gi makan".. Tak paham lagi? ' B ' tuh short form bagi huBBy ataupun Baby.. paham2 je la....

Maka dengan itu, lengkaplah satu BFF ataupun lebih tepat lagi jika disebut sebagai B - BF - F.. Tapi, tu kisah dulu....

Dah habis ke?? Tak lagi.. hidup nih satu roda yang berputar... baru 1st half.. Sekarang nih hidup mereka sedang melengkapkan putarannya.. mereka sedang menuju ke arah BFF kedua...

Dengar cerita, SB dan NS telah berjaya mengubah status hubungan mereka sebagai BF.. biase la... org baru tukar status.. BF = best friend jer... Best friend la sangat.. sembang dekat2 pon tak mau... Sebagai insan yang 3 tahun lebih usianya (tak mau sebut tua), aku melihat hubungan mereka akan menuju ke arah FF... Friend Forever....

Sekiranya kisah SB dgn NS nih benar-benar terjadi, aku berharap agak mereka melengkapkan sekali lagi putaran BFF mereka... dan biarlah putaran tuh terhenti setakat itu sahaja...

dan aku berharap BFF mereka nih bukannya seperti BFF yg aku alami.... dari awal lagi dah dapat BFF daripada seseorang.. BEST FRIEND FOREVER... dan aku rasa sekarang nih dah berganjak daripada BFF kepada F sahaja.. F for FRIEND..

Moga Tuhan dapat tukarkan arah BFF aku.. Amin...

P/S : Kisah di atas merupakan rekaan penulis semata-mata. Tidak ada kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang kekeliruan amatlah dikesali.