Pada umur 26 , aku masih keliru dengan apa yang ingin dilakukan, namun bersyukur kerana ditunjukkan jalan, agar diriku bisa keluar dari dunia yang suram...
Pada umur 26 , aku sedang menyiapkan diriku untuk menjadi insan yang ada upaya membahagiakan seseorang, walaupun aku tahu jalanku ke arah itu masih lagi kelam..
Pada umur 26 , aku masih lagi membiarkan sebahagian daripada diriku mengambil keputusan bodoh, dan sebahagian lagi akan cuba menukarkan kebodohan itu menjadi jalan melarikan diri daripada terus tenggelam...
Pada umur 26 , baru kutahu erti tegas mengambil keputusan, dan mendapat seribu satu rahmat hasil ketegasan melawan nafsu kemalasan yang terus menggodaku ke masa silam...
Pada umur 26 , kugagahkan diriku meneruskan perjuangan, demi menggalas impian yang telah lama kugenggam...
Pada umur 26, cintaku pada seseorang masih lagi utuh, dan akan kutunggu dirinya walau harapannya kian berbalam..
1 comment:
Post a Comment
Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..