Wednesday, April 8, 2009

Aku dan Eksperimen

Seperti mana yang korang tahu (Tahu ke?) aku tengah menjalankan eksperimen berkenaan Vermicompositing sekarang nih.. Menatang apa tuh? Secara mudahnya, nak komposkan sisa menggunakan Cacing.. ala.. senang jer.. nanti aku akan terbitkan satu post pasal eksperimen cacing nih kat sini.. Insya-Allah..

Aku juga merancang (semalam je aku terfikir nak buat) untuk menjalankan satu eksperimen yang menarik.. eksperimen untuk diri sendiri je... Eksperimen tersebut akan dijalankan selama seminggu bermula pada hari ini, iaitu 8 April 2009 hingga 14 April 2009. Hasilnya akan juga diterbitkan di sini minggu depan..

Yang aku tahu, eksperimen kedua nih dah ada keputusannya, tapi saje je nak buat.. mane la tahu..kot-kot TUHAN nak edjas keputusan eksperimen aku... Mane la kita layak nak pertikaikan keputusan- Nya kan?? nantikan 15 April 2009... aku akan postkan hasil eksperimen.. Insya-Allah...