Taun lepas, semasa aku baru je menjadi penduduk Taman Jade View, aku terjumpa sebijik buku lama dalam rumah aku nih.. Warisan Puisi Melayu oleh Prof. Mohd Taib Osman. Sememangnya aku tak kenal beliau, tapi ada terselit sesuatu yang menarik dalam buku beliau..
Tembakau si Raja Ali,
Rendang kuali sudu,
Aku pintal engkau seperti tali,
Aku memakai kasihan rindu,
Terindu-rindukan aku,
Terendang-rendangkan aku,
Tidur siang terlihat-lihatkan aku,
Tidur malam termimpi-mimpikan aku,
Berkat memakai kasihan rindu....
Tau ke ape yg aku post kat atas tuh?? Dalam buku tersebut, ianya menyebutkan bahawa prosa-prosa tersebut merupakan Jampi Mentera Asap Tembakau... macam pernah dengan je kan?? ala.... dalam Harian Metro dgn KOSMO! selalu tunjuk kes kena pukau dengan asap rokok... mungkin inilah isim-isimnya.. walau bagaimanapun, mentera di atas tidak akan berkesan sekiranya dibaca sambil menghembus rokok sahaja... perlu ada pengamalannya.. dan di bawah adalah perkara-perkara yg perlu ada untuk memujarabkan jampi serapah anda..
- Tali pengikat kepala mayat ibu mati beranak - kena ambil malam selasa bulan mengambang.
- Sehelai bulu cenderawasih yg telah dijampi oleh pak dukun, diikatkan di peha kiri si penghembus rokok.
- Tembakau jawa yg diembunkan selama 7 malam berturut-turut.
- Kain kuning yg dibunjutkan dan diisi dengan kemenyan jantan, gula sebagai penaik seri, tembakau jawa yg telah diembunkan, sekeping duit 5 sen dan 10 sen dan sebotol minyak cap kapak darah si pengguna mentera tersebut. kain kuning tersebut ditanam di perdu pokok yg terdekat dengan rumah si pemakai..
- Sebijik kereta sport dan ke atas, paling cikai pon RX8..
- Walet berisi kertas kaler-kaler yang ada 2 digit dan 3 digit je nombornya ( RM 10 dan ke atas). lagi banyak lagi baik..
- Kad plastik yg tertera Visa, ataupun Master di atasnya. kalau ada tertulis Gold atau Platinum lagi mujarab.
- Henpon canggih sket.. ada aplikasi touchscreen dan ke atas... ada iPhone lagi bagus.. bersama dengan pascabayar.. prepaid amatlah tidak digalakkan.
- Lepak kat coffee house dan ke atas sambil bawak laptop sebijik. Kedai Mamak pun boleh, tapi pastikan semasa hadirin hendak duduk, sebutkan ayat nih.. SAYA BELANJA MALAM NI...
- WAJAH SEPERTI POKDE dan ke atas, tidak boleh wajah seperti SB, M'AR, Faizil, Baha dan ke bawah. Tak laku beb..
- Belajar cakap bahasa ketiga untuk 7-8 ayat.. Tamil ke, Cina ke, Sepanyol ke, Perancis ke, Urdu ke.. lepas tu tukar la dengan ayat inggeris..
No comments:
Post a Comment
Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..