Tuesday, April 14, 2009

Au dan Keputusan Eksperimen

Seperti mana yang telah dijanjikan, aku masih ada kesempatan untuk menulis kembali perkara yang telah disebutkan pada minggu lepas. Keputusan eksperimen aku.. dah ada..Berikut adalah butir-butirnya.. tetibe je aku ter EMO akibat saje cari pasal..

Tajuk :

Aku dan SMS

Tujuan :

Mengkaji respons subjek ( wanita ) terhadap pesanan ringkas yang dihantar

Radas dan Bahan :

Sebijik henset Nokia cikai dan 7 sms x RM 0.05

Masa :

8 - 14 April 2009, 9.45 - 11.45 (anggaran masa)

Kaedah :

1) Sebuah henpon disi dengan kredit 10 ringgit.
2) Dengan menggunakan henpon tersebut, setiap malam satu sms akan dihantar kepada subjek dengan topik bertanyakan khabar sahaja.
3) setiap SMS yang dihantar tidak melebihi setengah muka surat SMS
4) Respons daripada subjek dinilai setelah 24 jam SMS di hantar


Keputusan :

Tiada respons daripada subjek, walau satu SMS pun...

Anggapan :

1) Subjek malas nak balas SMS disebabkan tiada kredit ataupun tiada masa membalas SMS.
2) Subjek sibuk menelaah pelajaran beliau.
3) Henpon subjek dicuri, dan subjek tidak menyimpan nombor henpon penghantar.

Perbincangan :

1) Subjek Memang tanak balas SMS yang dihantar kerana barangkali SMS yang dihantar menjengkelkan beliau.
2) Subjek seorang yang praktikal, di mana beliau tidak akan membalas SMS yang tidak membawa apa-apa kepentingan kepada si penghantar dan juga kepada beliau.
3) Subjek MALAS NAK LAYAN si penghantar SMS..

Kesimpulan :

Subjek sememangnya malas nak layan SMS si penghantar ataupun dalam kebanyakan kes, subjek memang taknak layan si penghantar SMS.. mungkin untuk selamanya... CONFIRM.. tapi ini apa yang difikirkan sahaja... kesimpulan sebenar.. Tuhan saja Yang Maha Tahu...


P/S : Ampun dan maaf dipohon kepada yang terasa..

6 comments:

Unknown said...

poyo r....saperkah gerangan budak perempuan tu...adakah NRA ker der?

Qalesya Boutique said...

try bagi aku phone no. plak..biar aku experimenkan..tapi budak pompuan tu mesti lawa la..dan ketinggian ta lebih dari 1.6m..
hahahaha

Anonymous said...

keputusan eksperimen akan jadi lebih baik kalo menurut (Teganung punya turut) kata saya..teehehehe..

Claire said...

KC perasan tahap dewa.
Neway, just forget about it. it's that simple. ;)

Brader Burger said...

ape kata kau buat eksperimen tentang " mat oak " plak...ok tak?

pokder said...

mat oak?? eksperimen tentang mat oak terlalu abstrak.. susah senat usm nak iktiraf..

Post a Comment

Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..