Showing posts with label Emo. Show all posts
Showing posts with label Emo. Show all posts

Sunday, June 21, 2009

Aku pada hujung Jun

Lama dah aku tak sambung penulisan aku... Hujung Mei hingga hujung Jun sememangnya satu jangkamasa yang paling menyeksakan buat aku... Physically and Mentally.. Aku didera secara fizikal dengan eksperimen, tesis dan juga keje... Mental aku plak didera oleh eksperimen, tesis dan juga kerja.. sama je kan??

Tapi, sekarang nih, satu persatu masalah aku dahpun beransur-ansur hilang. Dengan tesis yang dah siap (tunggu masa nak anto jer), Viva dah setel, Konvo hampir dalam genggaman setelah bertahun-tahun extend.. aku rasa seperti lelaki yg bebas, seperti Andy Dufresne yg berjaya menikmati kebebasan dalam filem Shawshank Redemption.. Rase hepi sangat, sampai aku tak rase sedih sedikitpon walaupon cinta hati aku nak bertunang bulan 8 nih.. rilek sesangat rasenye sampai tahap aku rasa cam nak tengok wayang hari-hari..

Dalam kegumbiraan aku nih, aku sering terlupa untuk menjenguk "dia" yg selama nih setia menjadi teman aku di kala aku sedih, serabut kepala, emo, rasa cam bagus dan sebagainye lagi.. Setelah diingatkan oleh KC, barulah aku sedar yang aku telah lakukan satu Dosa kepadanya, walaupun aku mampu untuk menjenguknya setiap hari.. Sorry my Blog... I felt teribbly sorry to my blog..tetibe teringat lagu Sir Elton "Gay" John, Sorry Seems to be the Hardest Word..

Harapan aku sekarang nih, aku boleh update blog aku sekurang-kurangnya dua entry seminggu.. Tak la aku rase cam hangat-hangat tinja ayam saje dlm dunia blog nih...

Monday, March 23, 2009

Pada Umur 26


Pada umur 26 , aku masih keliru dengan apa yang ingin dilakukan, namun bersyukur kerana ditunjukkan jalan, agar diriku bisa keluar dari dunia yang suram...

Pada umur 26 , aku sedang menyiapkan diriku untuk menjadi insan yang ada upaya membahagiakan seseorang, walaupun aku tahu jalanku ke arah itu masih lagi kelam..

Pada umur 26 , aku masih lagi membiarkan sebahagian daripada diriku mengambil keputusan bodoh, dan sebahagian lagi akan cuba menukarkan kebodohan itu menjadi jalan melarikan diri daripada terus tenggelam...

Pada umur 26 , baru kutahu erti tegas mengambil keputusan, dan mendapat seribu satu rahmat hasil ketegasan melawan nafsu kemalasan yang terus menggodaku ke masa silam...

Pada umur 26 , kugagahkan diriku meneruskan perjuangan, demi menggalas impian yang telah lama kugenggam...

Pada umur 26, cintaku pada seseorang masih lagi utuh, dan akan kutunggu dirinya walau harapannya kian berbalam..

Monday, February 23, 2009

Just Started

>Aku tak bleh nak tido.. tatau knape.. padahal aku kena masuk makmal pagi nanti.. kena bermain dengan cacing sambil bergurau senda dgn taik kambing.. ya, taik kambing.. jadi.. untuk meletihkan mata aku, aku pon ciptalah blog nih.. Tapi tak letih - letih gak..

Mungkin ada insan akan perasan kenapa aku letak nama seperti di atas utk blog aku punye nama.. Sebenarnya itulah perkara yang dok mengganggu fikiran aku buat masa nih.. Kenapa dan kenapa.. Kena la tanya Tuhan kenapa dia mencetuskan ilham sebegitu di dalam hati dan minda aku..

Untuk membahagiakan jiwa aku yang semakin menuju kearah ke'emo'an nih.. layankan lagu yang sungguh best nih.. kaler pon dah pink-purple gitu.. paham-paham je la kenapa..