Saturday, March 21, 2009

Komet dan Orbit Episod 2

Apakah yang anda perlu tahu semasa membaca entry Komet dan Bintang tersebut.

  • Komet pertama tidak pernah lari daripada orbitnya semasa komet kedua memasuki orbit bintang tersebut. Komet pertama hanya menyejukkan jasadnya dengan menjauhi orbit yang bergabung tersebut.
  • Semasa komet kedua memasuki orbit bintang tersebut, komet pertama seperti dilanggar oleh asteroid setiap waktu di lingkaran Musytari untuk suatu jangka waktu yang agak lama. Komet pertama juga cuba sedaya upaya memadamkan nyalaan pada jasadnya agar tidak mengganggu orbit bintang tersebut, tetapi tidak pernah berjaya.
  • Semasa pemisahan orbit antara komet kedua dengan bintang, komet pertama merasakan bahawa jasadnya perlu melanggar jasad komet kedua kerana komet kedua tidak menghargai percantuman orbitnya dengan bintang yang menarik itu.
  • Komet tersebut juga tidak merancang untuk lari daripada mengorbit bintang tersebut dalam jangka masa terdekat.
  • Komet pertama tidak pernah cuba untuk mengganggu orbit bintang dan komet kedua ketika kedua-dua orbit objek tersebut bergerak selari.Sejauh mana kebenaran pernyataan ini masih lagi diragui.
  • Bintang tersebut semakin bersinar dari hari ke hari. Sinarnya bertambah, namun jisimnya mula mengecut. Pertambahan aktiviti, mungkin itulah penyebabnya.
  • Kononnya pengembaraan komet kedua tidak pernah diambil peduli oleh komet pertama samada sebelum dan selepas percantuman orbit berlaku. Komet pertama hanya berminat pada bintang tersebut sahaja.
  • Komet kedua dikisahkan sedang mengorbit bintang lain untuk sepanjang hayatnya ketika ini. Sejauh mana kebenaran kisah ini tidak diketahui dan tidak diambil peduli oleh komet pertama.
  • Komet pertama sentiasa menganggap bintang tersebut sentiasa cantik dan menarik untuk diorbit untuk jangka masa yang agak panjang.
  • Komet pertama tidak tahu sama ada terdapat komet lain yang sedang cuba untuk memasuki orbit bintang tersebut.Perkara ini mungkin menggusarkan komet pertama tersebut menyebabkan pelakuran tenaganya sering terganggu.
  • Komet pertama sedang menyiapkan dirinya untuk membebaskan ekor yang sangat cantik dan berbaloi untuk dipandang.
  • Komet pertama tidak tahu apakah yang sedang difikirkan oleh si bintang.
  • Yang komet pertama tahu, si bintang tidak pernah menginginkan cahaya daripada komet pertama. Komet pertama sahaja yang masih tegar mengorbit bintang dengan cahayanya yang malar segar.
  • Komet pertama berharap agar bintang tersebut dapat menerima cahaya komet tersebut biarpun sedetik cuma.
  • Dari dahulu hingga sekarang, komet pertama mengharapkan agar bintang sentiasa berbahagia dan sentiasa mendapat yang terbaik untuknya.
Mengapakah diriku ini begitu mengetahui kisah komet pertama? Biarlah Rahsia, seperti bait-bait lirik yang dilagukan oleh biduanita dari Alumni SMK Clifford, Kuala Lipis.......

No comments:

Post a Comment

Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..