Dalam sebuah cakerawala kecil, terdapat sebiji bintang yang sedang mengeluarkan sinarnya. Sinaran bintang tersebut tidaklah begitu terang pada mulanya, tetapi makin lama makin terang hinggakan berjaya mewujudkan satu tarikan graviti ke arah bintang tersebut. Tarikan graviti yang kuat itu berjaya menarik pelbagai jenis objek di angkasa untuk mengorbitnya, walaupun seketika cuma.
Pada masa yang sama, seekor komet yang sederhana dan kurang cahaya pada ekornya sedang mengelilingi cakerawala - cakerawala yang ada di alam semesta. Komet tersebut secara tiba-tiba memasuki cakerawala yang menempatkan bintang yang bersinar terang tersebut. Tarikan graviti yang kuat, hasil daripada lakuran nuklear yang berlaku di terasnya berjaya memerangkap komet tersebut lalu mengubah orbit komet tersebut yang selama ini jauhnya beribu-ribu tahun cahaya.
Sememangnya komet tersebut tidak biasa untuk mengorbit sesuatu bintang untuk jangka masa yang lama, akan tetapi, tarikan graviti bintang tersebut mengubah segalanya. Orbit komet tersebut yang secara lahiriahnya memanjang, kini makin mengecil dan hanya mengorbit bintang tersebut sahaja. komet itu terus mengorbit bintang tersebut dengan harapan akan wujud satu tarikan disebabkan putarannya mengelilingi komet tersebut. Orbit tersebut mengandungi pelbagai warna yang menarik dan mampu menghiburkan bintang tersebut, namun bintang tersebut sekadar memerhati sahaja komet tersebut, bukan pada orbitnya.
Secara kebetulan, seekor lagi komet mula mengorbit dan mendekati bintang tersebut. Komet ini memiliki tarikan yang kuat serta ekor yang bercahaya. Setelah beberapa lama mengorbit bintang tersebut, akhirnya orbit komet kedua berubah disebabkan pelanggaran cahaya antara mereka. Kini, orbit komet kedua tersebut tidak lagi diluar orbit bintang tersebut, malah seiring dan bersinar dengan nilai Joule dan Candela yang sama.
Disebabkan gangguan cahaya begitu kuat menyelubungi bintang tersebut, komet yang pertama tadi tidak lagi berjaya untuk menyerlahkan kecantikan ekornya pada bintang tersebut. Natijahnya, pada satu bulan Syawal pada perkiraan penduduk Bumi, Komet tersebut mula mengalami gegaran yang kuat serta dihujani dengan asteroid yang menimpa akibat tarikan cahaya bulan dan komet kedua tersebut. Komet itu juga kehilangan haba dan tenaga untuk terus menyinari ekornya, menyebabkan tolakan graviti yang kuat kepada bintang tersebut.Yang tinggal hanyalah impian komet tersebut untuk bercahaya dan memangkinkan pelakuran nuklear pada bintang tersebut.
Mungkin aturan Tuhan telah menetapkan bahawa orbit bintang dan komet kedua tidak kekal lama. Orbit komet pertama yang semakin membesar akibat tolakan orbit bintang dan komet kedua, mula mengecil setelah orbit komet kedua menjauhi bintang tersebut. Komet tersebut mula bersinar kembali dan bergerak mengikut orbitnya yang dahulu, mengelilingi bintang tersebut tanpa henti.
Kini, komet tersebut masih lagi mengorbit bintang tersebut dengan harapan orbitnya dan orbit bintang tersebut akan bertemu dan bergerak pada orbit yang sama dan mengeluarkan cahaya yang terang..
Fakta :
i) Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi bintang di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan bintang lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya - dipetik daripada Wikipedia
Saturday, March 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..