Tuesday, March 3, 2009

Aku dan Macha United

"Bos, tukar channel la, game Man U dah nak start".

Ketika ayat tersebut diutarakan, saya dan beberapa rakan lain sedang menonton perlawanan pasukan lain yang telah pun dimulakan beberapa minit sebelumnya. Saya pernah beberapa kali mengalami perkara sebegitu, disebabkan saya tidak menyokong pasukan aliran perdana, iaitu Macha United ( istilah dicipta oleh Joy, rakan saya yang kini menjadi seorang jurutera di Proton). Ketika ayat tersebut diutarakan juga, saya sedang menikmati sepinggan nasi kandar dan segelas teh tarik sambil menonton perlawanan bola sepak tersebut. Secara tiba-tiba, saya dan rakan-rakan menjadi kenyang sambil mengambil kunci kereta untuk dialihkan ke restoran lain.

Pada awal pagi tersebut, pasukan MU seri tanpa jaringan, manakala pasukan yang saya saksikan menang bergaya.....

Saya tidak tahu alasan saya begitu membenci pasukan bergelar Syaitan Merah , tetapi saya pernah menyukai aksi beberapa pemain pasukan tersebut. No. 20 dan No. 18 merupakan pemain yang saya gemari suatu ketika dulu. Itu cerita dulu di mana akal saya masih lagi ditakuk lama, masih terikut-ikut kegemaran rakan-rakan seasrama saya. Pasukan tersebut tidak pernah membuat apa-apa kesalahan kepada saya, tetapi saya sangat tidak senang melihat manusia-manusia di Malaysia yang memakai jersi berwarna merah berlambangkan AIG di hadapannya. Saya terasa seperti ingin memaki si pemakai tersebut walaupun si pemakai itu tidak pernah membuat apa-apa kesalahan kepada saya.

Kebanyakan penyokong MU (mereka sendiri gelarkan diri mereka fan) yag saya jumpa dan juga lihat di kaca TV akan terlebih berlagak apabila bercakap tentang EPL*. " Kami akan menang EPL lagi, kami akan menang Champions League lagi, Ronaldo is the best player ever, blablablablablababilababilablablabla " itu yang saya sering dengar. Paling terbaru, Man U nak kejar 5 kejuaraan tahun nih. Saya hampir tergelak bercampur rasa hendak maki apabila membaca akhbar beberapa hari ini. Man U menang Piala Liga, Man U boleh sapu semua kejuaraan. Berkenaan kejuaraan tu, mereka terlupa satu benda, Man U dah kalah dengan Zenith untuk Kejuaraan Eropah di awal musim.. tapi takde pon fanatik Man u yang sebut perkara nih.

Saya menghormati pandangan semua orang, dan saya tidak suka mencaci maki orang lain. tetapi apabila saya mengatakan Man U tak best , saya mendapat makian yang Maha Hebat daripada rakan-rakan saya disebabkan saya bukanlah penyokong pasukan aliran perdana (MUFC).

Kepada penyokong MU, sokong dan buatlah kajian sejarah tentang pasukan anda. Jangan terlalu fanatik dengan pasukan anda dengan membuta tuli. Mungkin ramai penyokong MUFC (penyokong? aku rasa poser je yang ramai) yang tidak tahu bahawa Old Trafford TIDAK terletak di daerah Manchester.

Jadi, sokonglah pasukan anda. Anda akan mendapat syafaat di akhirat nanti kerana menyokong Syaitan Merah sepenuh hati . Telah ada syurga dicipta untuk penyokong Man U, manakala penyokong pasukan lain terpaksa membuat rayuan dengan Sir Alex Ferguson kerana mereka akan masuk neraka. Mungkin apabila mereka meninggal dunia, roh mereka akan di bawa mengelilingi Old Trafford dan dikafankan dengan jersi AIG merah....

Jangan marah aaa... Peace!!

p/s : Saya menyokong 19 pasukan dalam EPL dan 31 pasukan dalam Champs League serta ingin mendaftar masuk Kelab A.B.U (Anything but United).

1 comment:

Qalesya Boutique said...

hahaha..memang pun saja nk counter hang punya post..eh tapi seriously try la cek player2 yg aku senaraikan..mesti ang kagum..

Post a Comment

Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..