Monday, March 23, 2009

Pada Umur 26


Pada umur 26 , aku masih keliru dengan apa yang ingin dilakukan, namun bersyukur kerana ditunjukkan jalan, agar diriku bisa keluar dari dunia yang suram...

Pada umur 26 , aku sedang menyiapkan diriku untuk menjadi insan yang ada upaya membahagiakan seseorang, walaupun aku tahu jalanku ke arah itu masih lagi kelam..

Pada umur 26 , aku masih lagi membiarkan sebahagian daripada diriku mengambil keputusan bodoh, dan sebahagian lagi akan cuba menukarkan kebodohan itu menjadi jalan melarikan diri daripada terus tenggelam...

Pada umur 26 , baru kutahu erti tegas mengambil keputusan, dan mendapat seribu satu rahmat hasil ketegasan melawan nafsu kemalasan yang terus menggodaku ke masa silam...

Pada umur 26 , kugagahkan diriku meneruskan perjuangan, demi menggalas impian yang telah lama kugenggam...

Pada umur 26, cintaku pada seseorang masih lagi utuh, dan akan kutunggu dirinya walau harapannya kian berbalam..

Aku dan Personaliti Aku

As showed by Miss Den, i've done this quiz... and below are the results....

Your view on yourself:

Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:

You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.

Your readiness to commit to a relationship:

You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.

The seriousness of your love:

Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education

Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:

You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life

How do you view success:

You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.

What are you most afraid of:

You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:

You are full of energy and confidence. You are unpredictable, with moods changing as quickly as an ocean. You might occasionally be calm and still, but never for long.


Conclusion... Shockingly 90 %  true...

Saturday, March 21, 2009

Komet dan Orbit Episod 2

Apakah yang anda perlu tahu semasa membaca entry Komet dan Bintang tersebut.

  • Komet pertama tidak pernah lari daripada orbitnya semasa komet kedua memasuki orbit bintang tersebut. Komet pertama hanya menyejukkan jasadnya dengan menjauhi orbit yang bergabung tersebut.
  • Semasa komet kedua memasuki orbit bintang tersebut, komet pertama seperti dilanggar oleh asteroid setiap waktu di lingkaran Musytari untuk suatu jangka waktu yang agak lama. Komet pertama juga cuba sedaya upaya memadamkan nyalaan pada jasadnya agar tidak mengganggu orbit bintang tersebut, tetapi tidak pernah berjaya.
  • Semasa pemisahan orbit antara komet kedua dengan bintang, komet pertama merasakan bahawa jasadnya perlu melanggar jasad komet kedua kerana komet kedua tidak menghargai percantuman orbitnya dengan bintang yang menarik itu.
  • Komet tersebut juga tidak merancang untuk lari daripada mengorbit bintang tersebut dalam jangka masa terdekat.
  • Komet pertama tidak pernah cuba untuk mengganggu orbit bintang dan komet kedua ketika kedua-dua orbit objek tersebut bergerak selari.Sejauh mana kebenaran pernyataan ini masih lagi diragui.
  • Bintang tersebut semakin bersinar dari hari ke hari. Sinarnya bertambah, namun jisimnya mula mengecut. Pertambahan aktiviti, mungkin itulah penyebabnya.
  • Kononnya pengembaraan komet kedua tidak pernah diambil peduli oleh komet pertama samada sebelum dan selepas percantuman orbit berlaku. Komet pertama hanya berminat pada bintang tersebut sahaja.
  • Komet kedua dikisahkan sedang mengorbit bintang lain untuk sepanjang hayatnya ketika ini. Sejauh mana kebenaran kisah ini tidak diketahui dan tidak diambil peduli oleh komet pertama.
  • Komet pertama sentiasa menganggap bintang tersebut sentiasa cantik dan menarik untuk diorbit untuk jangka masa yang agak panjang.
  • Komet pertama tidak tahu sama ada terdapat komet lain yang sedang cuba untuk memasuki orbit bintang tersebut.Perkara ini mungkin menggusarkan komet pertama tersebut menyebabkan pelakuran tenaganya sering terganggu.
  • Komet pertama sedang menyiapkan dirinya untuk membebaskan ekor yang sangat cantik dan berbaloi untuk dipandang.
  • Komet pertama tidak tahu apakah yang sedang difikirkan oleh si bintang.
  • Yang komet pertama tahu, si bintang tidak pernah menginginkan cahaya daripada komet pertama. Komet pertama sahaja yang masih tegar mengorbit bintang dengan cahayanya yang malar segar.
  • Komet pertama berharap agar bintang tersebut dapat menerima cahaya komet tersebut biarpun sedetik cuma.
  • Dari dahulu hingga sekarang, komet pertama mengharapkan agar bintang sentiasa berbahagia dan sentiasa mendapat yang terbaik untuknya.
Mengapakah diriku ini begitu mengetahui kisah komet pertama? Biarlah Rahsia, seperti bait-bait lirik yang dilagukan oleh biduanita dari Alumni SMK Clifford, Kuala Lipis.......

Komet dan orbit

Dalam sebuah cakerawala kecil, terdapat sebiji bintang yang sedang mengeluarkan sinarnya. Sinaran bintang tersebut tidaklah begitu terang pada mulanya, tetapi makin lama makin terang hinggakan berjaya mewujudkan satu tarikan graviti ke arah bintang tersebut. Tarikan graviti yang kuat itu berjaya menarik pelbagai jenis objek di angkasa untuk mengorbitnya, walaupun seketika cuma.

Pada masa yang sama, seekor komet yang sederhana dan kurang cahaya pada ekornya sedang mengelilingi cakerawala - cakerawala yang ada di alam semesta. Komet tersebut secara tiba-tiba memasuki cakerawala yang menempatkan bintang yang bersinar terang tersebut. Tarikan graviti yang kuat, hasil daripada lakuran nuklear yang berlaku di terasnya berjaya memerangkap komet tersebut lalu mengubah orbit komet tersebut yang selama ini jauhnya beribu-ribu tahun cahaya.

Sememangnya komet tersebut tidak biasa untuk mengorbit sesuatu bintang untuk jangka masa yang lama, akan tetapi, tarikan graviti bintang tersebut mengubah segalanya. Orbit komet tersebut yang secara lahiriahnya memanjang, kini makin mengecil dan hanya mengorbit bintang tersebut sahaja. komet itu terus mengorbit bintang tersebut dengan harapan akan wujud satu tarikan disebabkan putarannya mengelilingi komet tersebut. Orbit tersebut mengandungi pelbagai warna yang menarik dan mampu menghiburkan bintang tersebut, namun bintang tersebut sekadar memerhati sahaja komet tersebut, bukan pada orbitnya.

Secara kebetulan, seekor lagi komet mula mengorbit dan mendekati bintang tersebut. Komet ini memiliki tarikan yang kuat serta ekor yang bercahaya. Setelah beberapa lama mengorbit bintang tersebut, akhirnya orbit komet kedua berubah disebabkan pelanggaran cahaya antara mereka. Kini, orbit komet kedua tersebut tidak lagi diluar orbit bintang tersebut, malah seiring dan bersinar dengan nilai Joule dan Candela yang sama.

Disebabkan gangguan cahaya begitu kuat menyelubungi bintang tersebut, komet yang pertama tadi tidak lagi berjaya untuk menyerlahkan kecantikan ekornya pada bintang tersebut. Natijahnya, pada satu bulan Syawal pada perkiraan penduduk Bumi, Komet tersebut mula mengalami gegaran yang kuat serta dihujani dengan asteroid yang menimpa akibat tarikan cahaya bulan dan komet kedua tersebut. Komet itu juga kehilangan haba dan tenaga untuk terus menyinari ekornya, menyebabkan tolakan graviti yang kuat kepada bintang tersebut.Yang tinggal hanyalah impian komet tersebut untuk bercahaya dan memangkinkan pelakuran nuklear pada bintang tersebut.

Mungkin aturan Tuhan telah menetapkan bahawa orbit bintang dan komet kedua tidak kekal lama. Orbit komet pertama yang semakin membesar akibat tolakan orbit bintang dan komet kedua, mula mengecil setelah orbit komet kedua menjauhi bintang tersebut. Komet tersebut mula bersinar kembali dan bergerak mengikut orbitnya yang dahulu, mengelilingi bintang tersebut tanpa henti.

Kini, komet tersebut masih lagi mengorbit bintang tersebut dengan harapan orbitnya dan orbit bintang tersebut akan bertemu dan bergerak pada orbit yang sama dan mengeluarkan cahaya yang terang..



Fakta :

i)
Komet merujuk kepada gumpalan batu, ais, dan tanah yang bergerak mengelilingi bintang di angkasa. Kadang-kala, komet ini ditarik oleh graviti dan jatuh ke Bumi, Bulan, atau planet-planet yang lain. Komet memiliki orbit atau lintasan yang berbentuk elips, lebih lonjong dan panjang daripada orbit planet. Namun disebabkan oleh asalnya komet dari luar sistem suria, dan kecenderungannya tertarik kepada planet besar, orbit komet sentiasa berubah. Sesetengah akan terlalu hampir dengan bintang lalu terbakar musnah, manakala yang lain terkeluar dari sistem suria buat selama-lamanya - dipetik daripada Wikipedia

Tuesday, March 10, 2009

Aku Bahagia + Emo


Bahagia

 Aku mendapat hadiah paling berharga untuk bulan nih... W datang kat aku kerja... well, die bukannye datang nak jumpe aku, tapi datang temankan member die pegi shopping.. tapi.. aku dah 3 bulan tak tengok die..hadiah besday pon kirim je.. x sempat nak bagi byhand.. Terubat juga rindu dihati...  Aku dengan tidak membuang masa treat her with all my might, with an indulgence of BR's Strawberry Cheesecake ice-cream and Exquisite taste of BR's Caramel Praline Cheesecake, swirled with caramel and fudge ribbons.... after one hour, i realised that dia kehujanan malam tuh akibat melayan aku bersembang kat QSBAY.. Kalau la aku tak ikut rasa hatiku ini, pastinye dia tak kehujanan... layankan lagu Terima Kasih Cinta oleh Afgan

Kepada W
 Seribu Kemaafan & Sejuta Penghargaan

EMO
 
  Aku baru je mendapat berita yang N dah pun melangsungkan majlis pertunangan dengan jejaka pilihannya.. walaupun kisah antara aku dan N tu dah lama berlalu, namun aku tetap juga terasa.. maklumla... kisa dulu-dulu... takmau dikenang.... sila layankan lagu P. Ramlee - Barang Yang Lepas...

Kepada N
 Selamat Berbahagia dan Terima Kasih atas segalanya..

Tuesday, March 3, 2009

Aku dan Macha United

"Bos, tukar channel la, game Man U dah nak start".

Ketika ayat tersebut diutarakan, saya dan beberapa rakan lain sedang menonton perlawanan pasukan lain yang telah pun dimulakan beberapa minit sebelumnya. Saya pernah beberapa kali mengalami perkara sebegitu, disebabkan saya tidak menyokong pasukan aliran perdana, iaitu Macha United ( istilah dicipta oleh Joy, rakan saya yang kini menjadi seorang jurutera di Proton). Ketika ayat tersebut diutarakan juga, saya sedang menikmati sepinggan nasi kandar dan segelas teh tarik sambil menonton perlawanan bola sepak tersebut. Secara tiba-tiba, saya dan rakan-rakan menjadi kenyang sambil mengambil kunci kereta untuk dialihkan ke restoran lain.

Pada awal pagi tersebut, pasukan MU seri tanpa jaringan, manakala pasukan yang saya saksikan menang bergaya.....

Saya tidak tahu alasan saya begitu membenci pasukan bergelar Syaitan Merah , tetapi saya pernah menyukai aksi beberapa pemain pasukan tersebut. No. 20 dan No. 18 merupakan pemain yang saya gemari suatu ketika dulu. Itu cerita dulu di mana akal saya masih lagi ditakuk lama, masih terikut-ikut kegemaran rakan-rakan seasrama saya. Pasukan tersebut tidak pernah membuat apa-apa kesalahan kepada saya, tetapi saya sangat tidak senang melihat manusia-manusia di Malaysia yang memakai jersi berwarna merah berlambangkan AIG di hadapannya. Saya terasa seperti ingin memaki si pemakai tersebut walaupun si pemakai itu tidak pernah membuat apa-apa kesalahan kepada saya.

Kebanyakan penyokong MU (mereka sendiri gelarkan diri mereka fan) yag saya jumpa dan juga lihat di kaca TV akan terlebih berlagak apabila bercakap tentang EPL*. " Kami akan menang EPL lagi, kami akan menang Champions League lagi, Ronaldo is the best player ever, blablablablablababilababilablablabla " itu yang saya sering dengar. Paling terbaru, Man U nak kejar 5 kejuaraan tahun nih. Saya hampir tergelak bercampur rasa hendak maki apabila membaca akhbar beberapa hari ini. Man U menang Piala Liga, Man U boleh sapu semua kejuaraan. Berkenaan kejuaraan tu, mereka terlupa satu benda, Man U dah kalah dengan Zenith untuk Kejuaraan Eropah di awal musim.. tapi takde pon fanatik Man u yang sebut perkara nih.

Saya menghormati pandangan semua orang, dan saya tidak suka mencaci maki orang lain. tetapi apabila saya mengatakan Man U tak best , saya mendapat makian yang Maha Hebat daripada rakan-rakan saya disebabkan saya bukanlah penyokong pasukan aliran perdana (MUFC).

Kepada penyokong MU, sokong dan buatlah kajian sejarah tentang pasukan anda. Jangan terlalu fanatik dengan pasukan anda dengan membuta tuli. Mungkin ramai penyokong MUFC (penyokong? aku rasa poser je yang ramai) yang tidak tahu bahawa Old Trafford TIDAK terletak di daerah Manchester.

Jadi, sokonglah pasukan anda. Anda akan mendapat syafaat di akhirat nanti kerana menyokong Syaitan Merah sepenuh hati . Telah ada syurga dicipta untuk penyokong Man U, manakala penyokong pasukan lain terpaksa membuat rayuan dengan Sir Alex Ferguson kerana mereka akan masuk neraka. Mungkin apabila mereka meninggal dunia, roh mereka akan di bawa mengelilingi Old Trafford dan dikafankan dengan jersi AIG merah....

Jangan marah aaa... Peace!!

p/s : Saya menyokong 19 pasukan dalam EPL dan 31 pasukan dalam Champs League serta ingin mendaftar masuk Kelab A.B.U (Anything but United).

Monday, March 2, 2009

Kampung Boy

I am a kampung boy.. yer.. kampung yang terletak di Bandaraya Kuala Terengganu. Bandaraya la sangat. Panggung wayang pon takde lagi kat KT.. Bagus gak, elak orang meraba-raba time tengok wayang. Korang mesti tanak tau pasal kampung aku, walaupon pernah masuk paper (Metro) pasal ade org kebas pengusung mayat kat masjid & Ugut mak dgn parang pasal nak duit bli pil kuda, pernah jugak masuk TV3 pasal ada kes budak mati lemas sebab mandi kat sungai kg aku.. Sungai Ibai.. aku pon dah lama tak balik kampung.. 0.3 tahun dah (4 bulan tak pijak bumi Darul Iman).. Girl at my kampung pon dah makin maju... aku dah lama tak tengok anak dara org kat kg aku pakai baju kurung gi bandar KT.. dah tak ramai dah.. orang Terengganu dah berubah. Seingat aku la, masa aku belum akil baligh dulu, aku pi bandar KT dgn makcik-makcik aku, aku tengok ramai anak dara dok pakai baju kurung lagi gi bandar KT.. skang nih, jarang sangat.. kalo ade pon, mesti jalan dengan mak-mak diorang. Kat Queensbay nih, jgn cite la... sumenye mengurangkan pahala aku jer.. maklumle... sumenye menggiurkan dan mengenyangkan...

Aku tergerak ati nak menulis pasal Kampung Boy nih.. pasal ari nih aku buat lawatan sambil mengeringkan poket ke Borders.. dalam dok bace komik tuh, terjumpe jugak aku dengan sesuatu yang aku nak beli.. The Kampung Boy hasil karya Dato' Lat.. mase kecik-kecik dulu aku ade la baca kat Pustaka sekolah aku (sekurang-kurangnye aku pernah gak gi library). Aku begitu teruja dengan karya beliau yang begitu kaya dengan mood Malaysia..mase dulu mane la nak tahu yang karyanya dah glamer seantero dunia.. then baru-baru nih aku tertengok dokumentari pasal beliau kat TV1.. aku teringat balik apa yang aku inginkan pada masa dahulu.. sementara ade duit nih, aku tibai je la terus.. maybe menyesal esok lusa sebab beli komik.. huhu.. aku dah decide nak cukupkan koleksi Dato' Lat, sebab aku memang suke baca karya beliau, bukan sebab dipengaruhi oleh media yang mengatakan beliau memang best..

Kesimpulannye, aku tak sabo nak balik dan bace Kampung Boy dan juge menelaah kembali Komik Buatan Malaysia: Komikoo yang dah lama tak nampak kat pasaran (atau aku yang tak nampak?)

Assalamualaikum!!