Tuesday, February 24, 2009

Mengantuk dan letih..

i am quite happy rite now... and also feel so sleepy.. this is the 5th post of the day (and the blog).. mana tak mengantuk.. tido pukul 8 pagi, pukul 9 bagun tido, 9.30 pagi pi lab, bergembira dengan tahi kambing kering, kemudian terus ke Queensbay Mall menjalankan aktiviti biasa.. melihat manusia sambil menjual... memang mengantuk.... kat luar dah nak hujan....nasib baik aku terasa rajin nak menulis sesuatu kat blog nih... sementara masih rajin, lebih baik tulis je ape-ape yang terlintas di fikiran..

Ya.. hari ini aku telah 'bergumbira' dgn tinja ( bahasa sopan untuk 'tahi' ) kambing.. Nak wat ape?? My FYP is about turning organic waste into composit fertiliser with help of bacteria and the Cacing Harimau.. I'm really excited to do this because we actually can make a good income by investing in this business... tunggu aku abes kaji dulu, nanti aku nak setup jugak bisnes sendiri.. habis satu badan terkena serbuk tinja kambing.. siap terhidu habuk tahi kambing lagi..nasib baik la sempat mandi b4 going to QB Mall..

harapnye Man U kalah malam nih... Forza Internazionale!!!

~~oh, btw, Miss Den*, u look more kawaii when u just lepas saja rambut u , or just make a pony..that's only my opinion la... i should said that earlier... when she was eating fried chicken..

* my new friend

Aku dan Lagu V2

Aku ada melayari blog rancangan ' Ally ' sebelum aku menulis post nih. ada sebut pasal lagu. Sebelom nih aku senaraikan lagu-lagu yang boleh buat aku emo dan tersengih ketika tangan didahi melayari malam hari, skang nih aku bubuh plak senarai lagu Malaysia yang aku suke dengar, suke karaoke dan menjadi kegemaran aku sepanjang masa .Ade 50++ , tapi aku rase kalo bubuh banyak pon bukannye ade pekdahnye.. jadi, cube tgk. kot2 ade gak persamaan antara kita...

a) Lagu Klasik 'Tribute' Khas
- Tiada Kata Secantik Bahasa - Tan Sri Dr. P. Ramlee
- Dalam Air Terkenang Wajah - Tan Sri Dr. P. Ramlee
- Jeritan Batinku - Tan Sri Dr. P. Ramlee
- Gelora - Tan Sri Dr. P. Ramlee & Puan Sri Saloma

b) Irama Klasik Go Go Yeh Yeh
- Zuraini ( M. Shariff)
- Hari Ini Dan Semalam (J. Mizan)
- Ayah Kahwin Lagi (L. Ramlie)
- Kenanganku (Jefri Din)

c) Nuansa Retro Pop 70 & 80
- Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (The Flybaits)
- Ku Pendam Sebuah Duka ( Datuk Khatijah Ibrahim)
- Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu ( Alleycats)
- Joget Kenangan Manis ; Merisik Khabar (Sudirman)
- Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Reza)
- Bunga Pujaan (Jamal Abdillah)

d) Lagenda Rock Kapak & Slow Rock 80-90
- Fantasia Bulan Madu (Search)
- Mimpi Yang Pulang ; Hakikat Sebuah Cinta (Iklim)
- Kembali Merindu (Slam)
- Nyanyian Jiwa (U.K's)
- Penghujung Rindu ; Kekasih Awal Dan Akhir (Jamal Abdillah)
- Untukmu Selamanya (Visa)
- Hanya Padamu (Qiara)
- Rahsia Pohon Cemara ; Janji Padamu (Exists)

e) Balada Pop Slow Rock
- Antara Cinta dan Kasih (Aishah)
- Akhirnya (Camelia & Innuendo)
- Permaisuri (Data)
- Terlanjur Menyintaimu (Fair)
- Ingin Bersamamu ( Syafinaz Selamat)
- Laguku Untukmu (Hasnol)
- Sang Pencinta (M. Nasir)
- Seribu Kemanisan ; Cindai (Datin Seri Datuk Siti Nurhaliza)
- Bunga (Exist)

f) Angkatan Baru
- Mungkir Bahagia (Hazami)
- Tiada Dikau Tiada Makna (Siti Sarah)
- Lagu Rindu (Ajai & Nurul)
- Mungkin ; Lelaki Ini (Anuar Zain)
- Perlu Kamu (Ajai & Kris Dayanti)
- Tanpa (6ixth Sense)

g) Seberang Tambak & Selat
- Kaulah Segalanya (Hairul Nizam)
- Maaf (Jikustik)
- Kau Curi Lagi (J-Rocks)
- Pupus; Larut (Dewa 19)
- Menjaga Hati (Yovie & Nuno)
- Lara Hati (Katon Bagaskara & Kris Dayanti)

Tu baru list intro, lagu nasyid dgn lagu antarabangsa tak masuk lagi... saje... korang bukannye bace perabih pon...

Telinga Aku ft Nostalgia

Kat bawah nih aku senaraikan lagu yang ada nostalgia disebalik lagu tersebut.. pada aku la..

1) Rahsia Pohon Cemara - Exist
aku sek. rendah masa tuh, ade la classmate aku suke sangat Exist... selalu nyanyi lagu nih. aku pon suke sangat dengan lagu nih. Sampai skarang nih pon aku masih suke lagi lagu nih..

2) Kembali Terjalin & Nur Kasih - Slam
sek rendah gak.. 1st album aku beli (cetak rompak).. sori kepada komposer dan penerbit.. aku yang beli, tapi aku kate kat ayah aku, abang aku yang nak, so. bapak aku beli je la.. Aku, abang aku & adik aku tiap2 hari pasang kaset lagu tuh sampai la silap rekod lagu lain masuk kaset tuh..huhuhuhu..

3) Purnama Merindu - Siti Nurhaliza (kini Datin Seri Dato')
Time nih aku form 3, aku suke gile kat Siti mase nih. takleh komen banyak. Dorongan testosteron yang melimpah ruah dalam diri menyebabkan aku cinta pada Siti pada ketika itu. Datuk Seri K pon takde rase cinta lagi kat Siti mase tuh..

4) Seberapa Pantas - Shiela on 7
Ja'a (abang macho Teluk Anson) suke dengar lagu nih, maklumle, sama2 baru masuk U, dapat duduk desa yg sama, sentiasa mengingatkan aku pada keazaman yg membara semasa masih lagu bergelar junior or freshie..

5)Menanti Sebuah Jawaban - Padi & Dealova - Once
Mase nih aku memang gile kat seseorang ( N) .. gile sesangat.. 2004/05... walaupon dah dapat jawabannya, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya..


6) Terlanjur Mencintaimu - Fair
Aku selalu terkenangkan W dalam lagu nih. At this time,aku dah pon jadi super senior.. ... aku sentiasa akan ingat dia sampai bile2.. dan aku pernah bersumpah takkan kawen selagi dia tak kawen... makan sumpah agaknye aku nih....

Anda mungkin kenal siapa W, tapi anda mungkin tak kenal siapa itu N **

Tetibe plak aku ter'EMO' .. huhuhuhu... Pokder = Emo when it comes to N & W

** N & W juga merupakan alias kepada watak Near dan Wataru dalam manga hebat "Death Note"

Monday, February 23, 2009

Hijau Kekenyangan


Apabila anda selesai makan, anda terasa kenyang dan segar. Kekenyangan anda ketika itu hanyalah melibatkan organ-organ yang bertindak secara langsung dengan proses menikmati dan menghadam makanan sahaja.

Orang Melayu tidak menggalakkan makan ketika berjalan atau bekerja. Disebabkan hal itu, saya mengambil inisiatif untuk tidak makan, tetapi melihat keindahan alam ketika sedang melakukan kerja saya.Dengan cara ini, saya sentiasa 'kenyang' dan tidak terasa hendak makan. Bagus kan idea saya? Tapi apa yang deria penglihatan saya 'makan' ?  'Hidangan'nya seperti yang dipaparkan di atas **..

Memang diakui bahawa gambar yang saya lampirkan di atas mengenyangkan, kan? Sebenarnya saya ingin sampaikan bahawa mata anda memerlukan objek berwarna hijau untuk dilihat supaya kembali sihat dan kenyang semula. 

Jadi, apabila sepasang mata anda keletihan, lihatlah objek berwarna hijau... mungkin bukan mata anda sahaja yang bertambah segar.. =p

** Gambar sekadar hiasan. Terima Kasih daun keladi kepada Mimi Rahzia dan Jue Aziz untuk busana hijau anda.. Secara tidak sengaja, kedua-duanya lahir pada tahun 1983.. Saya pun secara tak sengaja dilahirkan pada tahun 1983... Saya Suka Hijau !!




Just Started

>Aku tak bleh nak tido.. tatau knape.. padahal aku kena masuk makmal pagi nanti.. kena bermain dengan cacing sambil bergurau senda dgn taik kambing.. ya, taik kambing.. jadi.. untuk meletihkan mata aku, aku pon ciptalah blog nih.. Tapi tak letih - letih gak..

Mungkin ada insan akan perasan kenapa aku letak nama seperti di atas utk blog aku punye nama.. Sebenarnya itulah perkara yang dok mengganggu fikiran aku buat masa nih.. Kenapa dan kenapa.. Kena la tanya Tuhan kenapa dia mencetuskan ilham sebegitu di dalam hati dan minda aku..

Untuk membahagiakan jiwa aku yang semakin menuju kearah ke'emo'an nih.. layankan lagu yang sungguh best nih.. kaler pon dah pink-purple gitu.. paham-paham je la kenapa..