Apabila anda selesai makan, anda terasa kenyang dan segar. Kekenyangan anda ketika itu hanyalah melibatkan organ-organ yang bertindak secara langsung dengan proses menikmati dan menghadam makanan sahaja.
Orang Melayu tidak menggalakkan makan ketika berjalan atau bekerja. Disebabkan hal itu, saya mengambil inisiatif untuk tidak makan, tetapi melihat keindahan alam ketika sedang melakukan kerja saya.Dengan cara ini, saya sentiasa 'kenyang' dan tidak terasa hendak makan. Bagus kan idea saya? Tapi apa yang deria penglihatan saya 'makan' ? 'Hidangan'nya seperti yang dipaparkan di atas **..
Memang diakui bahawa gambar yang saya lampirkan di atas mengenyangkan, kan? Sebenarnya saya ingin sampaikan bahawa mata anda memerlukan objek berwarna hijau untuk dilihat supaya kembali sihat dan kenyang semula.
Jadi, apabila sepasang mata anda keletihan, lihatlah objek berwarna hijau... mungkin bukan mata anda sahaja yang bertambah segar.. =p
** Gambar sekadar hiasan. Terima Kasih daun keladi kepada Mimi Rahzia dan Jue Aziz untuk busana hijau anda.. Secara tidak sengaja, kedua-duanya lahir pada tahun 1983.. Saya pun secara tak sengaja dilahirkan pada tahun 1983... Saya Suka Hijau !!
1 comment:
beautiful.
Post a Comment
Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..