Kat bawah nih aku senaraikan lagu yang ada nostalgia disebalik lagu tersebut.. pada aku la..
1) Rahsia Pohon Cemara - Exist
aku sek. rendah masa tuh, ade la classmate aku suke sangat Exist... selalu nyanyi lagu nih. aku pon suke sangat dengan lagu nih. Sampai skarang nih pon aku masih suke lagi lagu nih..
2) Kembali Terjalin & Nur Kasih - Slam
sek rendah gak.. 1st album aku beli (cetak rompak).. sori kepada komposer dan penerbit.. aku yang beli, tapi aku kate kat ayah aku, abang aku yang nak, so. bapak aku beli je la.. Aku, abang aku & adik aku tiap2 hari pasang kaset lagu tuh sampai la silap rekod lagu lain masuk kaset tuh..huhuhuhu..
3) Purnama Merindu - Siti Nurhaliza (kini Datin Seri Dato')
Time nih aku form 3, aku suke gile kat Siti mase nih. takleh komen banyak. Dorongan testosteron yang melimpah ruah dalam diri menyebabkan aku cinta pada Siti pada ketika itu. Datuk Seri K pon takde rase cinta lagi kat Siti mase tuh..
4) Seberapa Pantas - Shiela on 7
Ja'a (abang macho Teluk Anson) suke dengar lagu nih, maklumle, sama2 baru masuk U, dapat duduk desa yg sama, sentiasa mengingatkan aku pada keazaman yg membara semasa masih lagu bergelar junior or freshie..
5)Menanti Sebuah Jawaban - Padi & Dealova - Once
Mase nih aku memang gile kat seseorang ( N) .. gile sesangat.. 2004/05... walaupon dah dapat jawabannya, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya..
6) Terlanjur Mencintaimu - Fair
Aku selalu terkenangkan W dalam lagu nih. At this time,aku dah pon jadi super senior.. ... aku sentiasa akan ingat dia sampai bile2.. dan aku pernah bersumpah takkan kawen selagi dia tak kawen... makan sumpah agaknye aku nih....
Anda mungkin kenal siapa W, tapi anda mungkin tak kenal siapa itu N **
Tetibe plak aku ter'EMO' .. huhuhuhu... Pokder = Emo when it comes to N & W
** N & W juga merupakan alias kepada watak Near dan Wataru dalam manga hebat "Death Note"
Tuesday, February 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Takkan Bace je kot... Maki dan Keji la aku balik..